Brickfield, Kuala Lumpur, 8 Ogos- Satu laporan polis telah dibuat mengenai kegiatan sebuah gereja, Church of Our Lady of Fatima, Bricfields Kuala Lumpur yang beralamat Jalan sultan Abdul Samad Brickfields. Gereja tersebut telah mengeluarkan sijil pembaptisan kepada seorang wanita Melayu Islam bernama Azlina bt Jailani (Lina Joy) yang mempunyai kad pengenalan 640108- 10- 5038.
Sesalinan Sijil Pembaptisan itu bertarikh 11 Mei 1998 yang telah ditandatangani oleh Joseph. A Pereira, Minister of Baptism.Laporan polis ini telah dibuat oleh Tn. Hj. Taib bin Hj. Hashim dari Shah Alam, seorang individu, yang juga bapa kepada sebuah keluarga, yang perihatin dengan masa depan generasi muda Islam sekiranya tiada tindakan tegas yang diambil sekiranya usaha pemurtadan terus berleluasa.
Ini kerana, proses pendakyahan agama lain kepada orang Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (4) dan satu jenayah di bawah Seksyen 2981 Kanun Keseksaaan.Menurut beliau, gereja tersebut perlu diambil tindakan kerana melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Malah paling penting sekali ialah, masa depan anak- anak muda Islam yang bakal terdedah dengan usaha pemurtadan jika tidak ada tindakan tegas yang diambil.
Turut berada di situ ialah sdr. Mohd Hilmi Ramli, Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ustaz Idris Ahmad, Naib Ketua Pemuda PAS, sdr Azwiralbukhairi Aziz, Penolong Setiausaha Agung ABIM, En Rahim selaku peguam, dan individu- individu yang perihatin.
Menurut sdr Mohd Hilmi, isunya bukan Azlina Jailani yang telah murtad itu semata- mata. Akan tetapi usaha berani pihak gereja tersebut memurtadkan orang Islam yang walhal bertentangan dengan perlembagaan Malaysia yang mengatakan, tidak boleh ada pendakyahan agama lain terhadap umat Islam di Malaysia.Beliau juga menambah, Islam perlu dihormati sebagai agama perlembagaan di Malaysia ini.
Selaku rakyat Malaysia, keharmonian dan perpaduan di antara rakyat perlu diperkukuhkan lagi, dengan memahami antara satu sama lain.
*Segala perkembangan terkini boleh layari www.myislamnetwork.net. Elakkan daripada mendapat maklumat palsu melalui SMS, emel dan sebagainya.
BERITA: LAPORAN POLIS TERHADAP GEREJA DI BRICKFIELDS.
Utama
Profil
ABIM Daerah
ABIMkel Friendster
HELWA
Islamic Outreach
SRI Al-Hikmah
Briged Bakti
Jom Join Grup BBNK Online |
Lawati Group Ini | Emel GMAIL sahaja |
assalamualaikum,
kepada sahabat2 yg belum lagi menandatangani
petisyen anjuran PEMBELA, pihak PEMBELA
masih membuka kempen tandatangan ini. Justeru
marilah kita sama-sama nyatakan SOKONGAN
atas dasar memastikan kedaulatan Islam tidak
tercabar dengan ingatan; KITA LAKUKAN INI
SEMUA DEMI ANAK CUCU KITA.
Untuk menyatakan sokongan kepada kempen ini,
anda boleh menghantar petisyen secara online
dengan klik di
http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/
Islam digugat, kita berada di mana?
Islam dihina dan dipijak2, kita berada di mana?
Siapa yg harus membela Islam, jika bukan umat
Islam sendiri yg perlu membelanya?
Adakah berani kita mengaku bahawa kita adalah
Islam, jika di saat Islam dihina kita menyepikan
diri?
Kita meminggir diri dan hanya menjadi pemerhati
setia dari jauh, kerana takut kemungkinan
diri ’terkorban’.
Ayuh, sahabat2 ku.. bersama2lah kita tampil ke
hadapan demi membela Islam tercinta.
Kerana tidak mustahil, andai 10 tahun lagi kita
berjumpa sahabat yg kita ada sekarang, dia bukan
lagi seagama dgn kita. nauzubillah ..
Kerana tidak mustahil, 10 tahun nanti tidak akan
kelihatan lagi masjid2 di Malaysia ini.
kerana tidak mustahil, anak yang ditatang dan
dididik dgn sebaiknya oleh kita, tidak akan
mendoakan kesejahteraan utk roh kita, lantaran
tidak lagi seagama dengan kita.
Jika itu yg berlaku, jgn menuding jari menyalahkan
sesiapa.
Sebaliknya, salahkan lah diri kita sendiri...