PROFIL ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
NEGERI KELANTAN



1.0 PENDAHULUAN

Idea penubuhan ABIM Negeri Kelantan bermula semenjak awal tahun 1971 setelah ABIM Peringkat Kebangsaan didaftarkan.

ABIM Negeri Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 5 Mac 1973 dan alamat yang didaftarkan dengan pihak Pendaftaran Pertubuhan ialah di Institut Pendidikan, d/a Stadium Sultan Muhamad Ke IV, Jalan Hospital.

Muktamar Sanawi ABIM Negeri Kelantan yang pertama telah diadakan pada 1 Mac 1974 di Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri yang kini dikenali sebagai Akademi Islam Universiti Malaya, Kampus Nilam Puri.

Markaz operasi ABIM Negeri Kelantan sentiasa berpindah mengikut keperluan bersesuaian dengan perkembangan dan peningkatan ABIM itu sendiri. Berdasarkan sejarah operasi ABIM Negeri Kelantan dari awal penubuhan sehingga kini adalah seperti berikut:

i. Institut Pendidikan Kota Bharu
ii. Paya Purnama, Jalan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu
iii. Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri
iv. Surau Al Falah, Wakaf Siku, Kota Bharu
v. Rumah di Jalan Sultan Yahya Petra (Langgar), Kota Bharu.
vi. Klinik Dr. Hasbullah, Lundang, Kota Bharu.
vii. Markaz Da’wah dan Tarbiah ABIM, Kampong Huda, Kota Bharu.
viii. Tingkat 1, PT 605, Blok A Bangunan Pusat Da’wah Islamiyyah (PDI), ABIM Negeri
Kelantan, Tanjung Mas, Kota Bharu.
ix. No. 1 Blok B, Pusat Da’wah Islamiyyah, ABIM Negeri Kelantan, Tanjung Mas, Kota
Bharu
x. Lot 2864 A, Wisma Al Hikmah, Pusat Da’wah Islamiyyah, ABIM Negeri Kelantan, Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Di awal penubuhannya, ABIM banyak menumpukan kepada program pembinaan ahli, da’wah umum kepada masyarakat melalui kuliah di masjid-masjid dan ceramah sempena Bulan Kebesaran Islam, Seminar, Kursus dan sebagainya.

Projek ekonomi dijalankan secara kecil-kecilan untuk menampung keperluan kewangan bagi membiayai pengurusan dan program-program yang dijalankan.

ABIM Negeri Kelantan banyak digerakkan oleh mereka yang bekerja sebagai guru, pegawai-pegawai kerajaan di samping ulama’-ulama’ tempatan dan dibantu oleh ahli-ahli masyarakat dari berbagai lapisan.

Sekitar tahun 1980an sehingga kini, ABIM Negeri Kelantan mempunyai beberapa staf pejabat sepenuh masa yang membantu mengendalikan pengurusan dan pentadbiran ABIM.

Pengurusan dan pertadbiran ABIM Negeri Kelantan semakin berkembang dengan wujudnya berbagai agensi dan institusi yang digerakkan oleh staf sepenuh masa dan biro-biro bagi memenuhi tuntutan masyarakat serta menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah gerakan Islam.

0 Responses to “”

Post a Comment

-->

Faizul Afzan| Official Weblog
  • syah
  • Blogger Templates
  • Internet Marketing
  • -->

  • :Clockmysite| embed clock:
  • :Awesome| MP3 Player:
  • :Ripway| Upload Documnet:
  • :Dynamic Drive | Bina Ikon:
  • :Singingbox | Upload muzik:
  • :4shared.com | File Sharing:
  • :Easy Poll | Create your poll:
  • :Poll Code | Free poll:
  • :Stickam | Audio,Video&Photo playlist:
  • :Eggdisk | File Hosting & Storage:
  • :Meebo | Chatting Online:
  • :Cbox | Chatting Box:
  • :Shouthuns| Chatting Box:
  • :Wordpress | Free Blog:
  • :Blogger | Free Blog:
  • :GOOGLE| Translate:
  • :ANFYteam| Skrip Java:
  • :Odeo| Studio Login:
  • XML

    Blogger Blogger

    Gmail Gmail - Settings 

    Groups Groups - Manage subscriptions 

    Reader Reader - Settings 

    Talk Talk

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates


    ABIM Kelantan button link! Copy & paste at your web blog

    ABIM Kelantan | weblog



    © 2007 BERITA | ABIM Kelantan | Blogger Templates by GeckoandFly.
    Segalanya adalah hak milik yang hakiki kepada ALLAH SWT.