SELAMAT HARI GURU

Siaran Media
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
16 Mei 2007 - 28 Rabiul Akhir 1427H

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK ANAK BANGSA

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Peranan dan tanggugjawab sebagai seorang guru amatlah mulia dan tidak ternilai harganya. Profession guru sebagai seorang pendidik dan pengajar tidak boleh disamakan dengan profession yang lain. Ini adalah kerana pengorbanan dan perjuangan guru adalah semata-mata untuk melihat anak bangsa mereka berjaya di masa hadapan. Pendidikan adalah alat yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara dan untuk menentukan arah tuju negara dalam menghadapi arus pembangunan.



Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini memerlukan satu usaha yang menyeluruh dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu.

Guru bukan semata-mata sebagai pengajar lebih dari itu. Guru adalah “pendidik”. Konsep pendidik dalam membawa maksud yang luas melebihi tahap pengajar. Pengajar, lebih menjurus kepada seorang yang hanya seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Tetapi, konsep pendidik bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, guru yang bersifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali gus membentuk keperabadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas pengajar banyak berlegar di “akal” tetapi tugas pendidik berlegar di “hati”. Perumpaan yang boleh diketengahkan di sini ialah pengajar adalah orang yang bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah ratus. Manakala pendidik adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang mahir berkemampuan mengadun dan membancuh teoung hingga berjaya dimasak menjadi kuih/hidangan yang enak. Maka atas semangat inilah guru-guru perlu mencerna dan menghayati tema hari guru pada tahun ini “'GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG” yang sangat bertepatan dengan situasi masyarakat masa kini.

ABIM merasakan Guru juga perlu ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Guru mesti sedia bekorban untuk meningkatkan urusan keilmuan dan melaksanakan kewajipan terhadap muridnya. Semasa pelajar di sekolah, adalah menjadi tanggungjawab guru melatih, mengajar dan memupuk nilai-nilai murni termasuk hubungan kekeluargaan, kemesraan dan keikhlasan dalam diri pelajar yang semakin terhakis.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai perspektif negatif telah dilontarkan kepada guru. Jelas di depan muka akhbar menyiarkan guru merotan murid sampai luka, guru sepak pipi murid, guru berkata lucah kepada murid dan banyak lagi. Apa yang pasti, isu ini hanya kes picisan dan terpencil jika kita bandingkan kejayaan guru yang telah melahirkan banyak pemimpin, doktor, peguam dan sebagainya.

ABIM berpandangan bahawa cabaran guru pada masa kini semakin mencabar. Dunia telah menjadi tanpa sempadan dan teknologi semakin berkembang maju. Guru juga perlu perlengkapkan diri dan mampu melindungi anak didik mereka dari terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Perhatian guru terhadap anak murid perlulah lebih mesra dan ikhlas agar peribadi anak murid tersebut mudah dibentuk dengan acuan yang sepatutnya.

Memang tidak dinafikan kesan yang dibawa oleh guru di Malaysia amatlah besar. Kita boleh berbangga dengan status Malaysia di persada antarabangsa dan kejayaan yang kita kecapai selama ini. Namun kejayaan besar yang kita kecapi ini, ilmu yang kita ada ini, kesedaran yang kita alami ini, semuanya bermula dengan insan yang bernama guru. Mereka adalah insan yang tidak kenal erti penat lelah, sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak bangsa pada masa hadapan.

Guru dengan pena dan suaranya akan membentuk suasana dan kemudiannya masyarakat serta kejayaan negara.

Selamat Menyambut Hari Guru.


KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR
Setiausaha Agung
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA

0 Responses to “”

Post a Comment

-->

Faizul Afzan| Official Weblog
  • syah
  • Blogger Templates
  • Internet Marketing
  • -->

  • :Clockmysite| embed clock:
  • :Awesome| MP3 Player:
  • :Ripway| Upload Documnet:
  • :Dynamic Drive | Bina Ikon:
  • :Singingbox | Upload muzik:
  • :4shared.com | File Sharing:
  • :Easy Poll | Create your poll:
  • :Poll Code | Free poll:
  • :Stickam | Audio,Video&Photo playlist:
  • :Eggdisk | File Hosting & Storage:
  • :Meebo | Chatting Online:
  • :Cbox | Chatting Box:
  • :Shouthuns| Chatting Box:
  • :Wordpress | Free Blog:
  • :Blogger | Free Blog:
  • :GOOGLE| Translate:
  • :ANFYteam| Skrip Java:
  • :Odeo| Studio Login:
  • XML

    Blogger Blogger

    Gmail Gmail - Settings 

    Groups Groups - Manage subscriptions 

    Reader Reader - Settings 

    Talk Talk

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates


    ABIM Kelantan button link! Copy & paste at your web blog

    ABIM Kelantan | weblog



    © 2007 BERITA | ABIM Kelantan | Blogger Templates by GeckoandFly.
    Segalanya adalah hak milik yang hakiki kepada ALLAH SWT.