
Brickfield, Kuala Lumpur, 8 Ogos- Satu laporan polis telah dibuat mengenai kegiatan sebuah gereja, Church of Our Lady of Fatima, Bricfields Kuala Lumpur yang beralamat Jalan sultan Abdul Samad Brickfields. Gereja tersebut telah mengeluarkan sijil pembaptisan kepada seorang wanita Melayu Islam bernama Azlina bt Jailani (Lina Joy) yang mempunyai kad pengenalan 640108- 10- 5038.
Sesalinan Sijil Pembaptisan itu bertarikh 11 Mei 1998 yang telah ditandatangani oleh Joseph. A Pereira, Minister of Baptism.Laporan polis ini telah dibuat oleh Tn. Hj. Taib bin Hj. Hashim dari Shah Alam, seorang individu, yang juga bapa kepada sebuah keluarga, yang perihatin dengan masa depan generasi muda Islam sekiranya tiada tindakan tegas yang diambil sekiranya usaha pemurtadan terus berleluasa.
Ini kerana, proses pendakyahan agama lain kepada orang Islam bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (4) dan satu jenayah di bawah Seksyen 2981 Kanun Keseksaaan.Menurut beliau, gereja tersebut perlu diambil tindakan kerana melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Malah paling penting sekali ialah, masa depan anak- anak muda Islam yang bakal terdedah dengan usaha pemurtadan jika tidak ada tindakan tegas yang diambil.
Turut berada di situ ialah sdr. Mohd Hilmi Ramli, Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ustaz Idris Ahmad, Naib Ketua Pemuda PAS, sdr Azwiralbukhairi Aziz, Penolong Setiausaha Agung ABIM, En Rahim selaku peguam, dan individu- individu yang perihatin.
Menurut sdr Mohd Hilmi, isunya bukan Azlina Jailani yang telah murtad itu semata- mata. Akan tetapi usaha berani pihak gereja tersebut memurtadkan orang Islam yang walhal bertentangan dengan perlembagaan Malaysia yang mengatakan, tidak boleh ada pendakyahan agama lain terhadap umat Islam di Malaysia.Beliau juga menambah, Islam perlu dihormati sebagai agama perlembagaan di Malaysia ini.
Selaku rakyat Malaysia, keharmonian dan perpaduan di antara rakyat perlu diperkukuhkan lagi, dengan memahami antara satu sama lain.
*Segala perkembangan terkini boleh layari www.myislamnetwork.net. Elakkan daripada mendapat maklumat palsu melalui SMS, emel dan sebagainya.



Program ziarah ini adalah merupakan ziarah berkala pimpinan ABIM dan WADAH negeri untuk turun ke daerah bagi memupuk semangat ukhwah disamping dapat menyampaikan beberapa info kepada pimpinan dan ahli diperingkat daerah.
Pada minggu yang sama, beberapa exco ABIM dan WADAH negeri turut ditugas menziarahi usrah daerah lain seperti di Tumpat.
